Cara-Cara Memakai Makeup Yang Simple Tapi Cantik


CARA-CARA MEMAKAI MAKEUP YANG SIMPLE TAPI CANTIK DAN TAHAN LAMA
*Tutorial ini adalah untuk beginner dalam dunia makeup

First thing, korang kena pastikan yang muka korang bersih dan bebas dengan sebarang makeup

Next, korang kena kenali muka korang jenis  kulit muka macam mana. Kulit jenis oilyskin ke? Kering ke? kombinasi ke? normal ke?

Lepas dah kenal, kite kena prep kan muka kita dulu supaya makeup tahan lama. Dalam workshop ni, mula-mula sembur Face Mist Mary Jardin, kemudian dap dap dengan Face Oil Mary Jardin dan last sekali Collagen Serum Mary Jardin

Okay lepas semua bahan-bahan produk dah meresap ke dalam kulit. Kita start dengan lukis kening

Cara nak lukis kening yang betul ialah korang kena kenal mana puncak(arc) kening korang, lepas tu sikat bulu kening tu. Then start lukis frame kening

Start dari bawah kening, then baru yang atas kening. Lepas penuhkan ruangan dalam kening guna pencil atau powder dari tengah hingga ke belakang. Guna concealer untuk tutup bulu kening yang berlebihan (ni teknik yang tidak mencabut bulu kening)

Lepas dah guna concealer, ambil beauty blender lembapkan span dan ratakan concealer

Tips MUA: Gunakan eyebrow pencil atau eyebrow palette yang berwarna coklat gelap(brown). Elakkan menggunakan warna hitam. Nanti jadi kening shin chan tau. kikikiki




Step by steps how to draw eyebrow

Lepas dah siap kening, guna primer pulak. Okay primer ni korang kena pilih primer yang mengikut jenis kulit korang. Primer ni tujuan dia untuk tutup flaws kita dan hilangkan cela di muka. Paling utama ialah nak bagi makeup tahan lama. Ini lah rahsia nya. Ia dipakai before pakai foundation

Next step ialah pakai concealer. Kita ada 2 jenis concealer. Concealer warna oren ialah untuk dark circle atau bahagian gelap di muka. dan concealer warna hijau ialah untuk tutup bahagian muka yang kemerahan akibat jerawat dan untuk tutup jerawat

Lepas tu dap dap concealer tu untuk ratakan sikit. Jangan blend bagi hilang concealer tu, nanti apa yang kita flaws kita nampak

Seterusnya pakai foundation
Okay, exclusive nya makeup workshop Mary Jardin ni, semua peserta dapat cuba sample terbaru foundation MJAC. Best sangat foundation ni, tesktur ringan, tak berat lepas pakai, senang nak blend dan full coverage tau!

Sebelum pakai foundation, kite kena kenal warna kulit kita. Untuk pemilihan warna foundation yang sesuai, TIPS MUA ialah pilih dua warna tona yang lebih cerah dari warna kulit

Dann pastikan untuk jika kulit anda jenis oily skin, jangan letak foundation di bahagian hidung. Nanti nampak berkilat bila tangkap gambar.
Start sapu foundation nipis nipis dahulu, boleh guna tangan or brush foundation

Lepas tu ratakan dengan beauty blender. TIPS MUA jangan seret span masa ratakan. Hanya tekan secara lembut  atau dap dap je foundation ke kulit

Selepas itu, ambil loose powder sapukan nipis nipis rata ke muka. Yang ni macam layang-layang kan brush ke muka

Next step ialah eyeshadow. Sebelum tu, touch up loose powder bawah mata, rahang, batang hidung untuk elak warna eyeshadow jatuh

Okay untuk teknik eyeshadow:
Step 1 : Guna warna base yang cerah seluruh mata
Step 2 : Sapu eyeshadow dari luar ke dalam kelopak mata. Guna transition colour
Step 3 : Guna warna eyeshadow shimmer. Sapukan tengah ke dalam
Step 4 : Sapu dari tengah ke luar
Step 5 : Sambung step 4, sapu ke bawah mata dri luar ke dalam 

Seterusnya ialah pakai eyeliner. First sekali gelapkan gap bulu mata, supaya tak nampak eyeliner tergantung. Yang ni boleh guna kan eyeliner pencil atau eyeliner Maybelline Kajal (warna kuning). 

TIPS MUA pilih eyeliner yang waterproof supaya mata tak nampak smudgy kemudian sambung pakai liquid eyeliner 

TIPS MUA pastikan liquid eyeliner sentiasa ditutup dengan kemas untuk elak ia mengeras. Dan bila dah pakai, sila tutup mata seketika untuk biarkan dia kering

Sambung pakai maskara. Guna penyepit bulu mata, untuk curl kan bulu mata, then baru pakai maskara

Seterusnya buat shading guna teknik contouring. Buat teknik contouring pada pipi, bawah pipi, atas tepi dagu

Kemudian pakai blusher di atas pipi. TIPS MUA senyum dulu baru sapu di pipi. Sapu nipis nipis je, supaya nampak natural

Last sekali letak highlight di hidung, pipi area blusher.

Opss jangan lupa pakai lipmatte untuk bibir. Sebelum tu oles dulu Lipbutter Mary Jardin, baru pakai lipmatte

Siap and you good to go!

TIPS MUA : Untuk pastikan makeup tahan lebih lama, boleh sembur face mist Mary Jardin di muka


Antara produk untuk makeup workshop


Nak tengok hasil peserta peserta makeup workshop?
Jom tengok Makeup Workshop Review


Terima kasih baca sampai habis entry eezza. Korang memang awesome lah!

Jumpa lagi di next entry😊

Salam Kejayaaan 
SMS | Whatsapp | Telegram : 013 408 3597
lavenderimperium@gmail.com
COD Kelana Jaya & Petaling Jaya
FB Page : Ezza Almi - Laviee

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana singgah di ruangan komen :)